Wednesday

Iylia Nadhirah

Kenalilaa diri saya yang kerdil ini, tiada siapa berhak mengadili diriku selain-Nya. Aku sedar aku tidak sempurna. Maaf yea ;)

Hidupku ini sejak mula mengenali dunia sehingga kini tidak pernah lekanglaa dengan cubaan yg ringan dan besar, kedebab booom, air mata macam paip, senyuman Colgate plus Darlie dan nilai tawa bak pontianak.

Tetapi inilah keadilan dlm hidup. Ketika kita dilanda masalah, pasti kemudiannya kita dikurniakan senyuman dan tawa, tapi bak kata org ' Jangan suka sgt, kan mlm menangis' Hahah depends la kan, Bahkan begitu jugaklaa ketika aku dibuai tawaaaa jea, pasti ada ujian tangis kan. Perkara ini berlaku harihari, bagaikan roda dlm hidupku.

Walaupun ada saat aku menangis, aku kadang kadang mampu sorokkan di sebalik senyuman ku yang digilai ramai, Eceeehhh. Tapi kaaaan menangis ni bukan bermkna penghujung duniaa dah.
Tapi itu mknanya pertengahan kehidupan insan ikut pusingan hidupnya yg sudah ditkdirkan. Kaaan?

Aku dah lalui pelbagai ujian getir sepanjang 2 tahun aku menjadi dewasa, seperti dikhianati, difitnah, diaibkan, dihina, dibenci dan dipinggirkan. Itu semua bagai satu makanan bg aku untuk hidup. Alhamdullillah, Allah Maha Pemurah. Dia telah menciptakan senyuman di wajah manusia, dan ciptaan yang agung itulah aku gunakan untuk menutup segala tohmahan dan dugaan yg mendatang :)

Aku mempunyai org yg masih aku bisa percayai, tpi tktahulaa di belakangku dia mengaibkan aku, aku terima. Kalau ada pilihan cerita yang patut dikongsikan, Telinga sahabatkulaa tempat aku bisikkan, Cukup sekadar mendengar, dan pinjaman telinga itu besar ertinya.

Aku selalu ingtkan diriku, semua yang datang mencabar suatu ketika dulu, telah menjadi penguat smgt aku untuk terus hidup :D

Aku Iylia yang tak sempurna di matamu, tapi Insyaallah sempurna di mata org yang mengenali.

No comments:

Post a Comment