1. Jika seorang lelaki meminati wanita,wanita itu tidak semestinya perlu cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi, itulah sebenarnya yang lelaki cair dalam diri seorang wanita.
2. Lelaki mudah menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan sama ada dari segi pemikiran,minat dan sebagainya. Ia akan memudahkan komunikasi dan tidak akan mudah berlaku perselisihan.
3. Lelaki sebenarnya tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh seorang wanita. Sebab itulah, kadang-kadang mereka kelihatan bersikap endah tidak endah sahaja.
4. Majoriti lelaki akan resah bila berhadapan dengan situasi untuk mengajak wanita keluar buat kali pertama. Kononnya malu dan takut wanita itu menolak. Tapi sebenarnya hati mereka berasa tidak tentu arah.
5. Bila lelaki cakap ' hmm. tengoklah dulu. Itu bermaksud jawapannya tidak atau kurang setuju. Jadi wanita, kalau sudah dengar 'bunyi' seperti itu faham-faham sajalah. Jangan terlalu mengharap yee.
6. Biasanya lelaki yang kelihatan tertekan atau kurang selesa dengan wanita, datang daripada sekolah budak-budak lelaki tetapi bukan semuanya. Bahkan kalau sudah biasa bergaul, mereka juga berbakat bergelar playboy.
7. Biar betapa hebatpun seorang lelaki itu mempunyai kawan-kawan wanita yang ramai serta cantik-cantik belaka. Dia tetap mempunyai seorang sahaja teman istimewa dan semestinya antara ramai-ramai kawannya itu hanya ada seorang sahaja yang betul-betul mencuri hatinya.
8. Bila hubungan putus di tengah jalan, lelaki tidak akan menunjukkan kesedihannya di hadapan orang lain. Mereka perlu nampak macho sepanjang masa. Kalau sedih-sedih mereka bimbang akan dikutu oleh teman-teman.
9. Jika meminati seorang lelaki, ada kalanya wanita perlu memberikan 'hint'. Mana tau kalau-kalau lelaki itupun menaruh minat terhadapnya. Kadang-kadang lelaki tiada perasan wanita sukakannya sampailah ada orang memberitahunya.
10. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita. Mereka akan tewas jika air mata itu mengalir dari seorang wanita yang mereka kasihi. Sebab itulah air mata dijadikan senjata wanita.
Naaaaaah, Ilmii untuk awak ;)
No comments:
Post a Comment