Friday

Sama sama kita renungkan ,

Petikan daripada seorang kakak, Terima kasih ats pengajaran dalam petikan ini,

Maaf jika ada yang terasa, niat untuk memberi peringatan. Semoga ada jalan untuk anda ;)

"wahai kawan, aku teringin sekali ingin berhijab. aku dah solat. aku dah mengaji, tapi kenapa susah?"

"sebab kau masih berzina"
"aku tak pernah berzina! seteruk2 aku, aku tak pernah gadai dara aku!"
"aku tahu. tapi kau telah berzina."
"zina apa kau maksudkan"
"zina hati. zina pandangan. zina tangan. rasa rindu dan cinta kau pada sang kekasih, itu semua DOSA! kau letakkan dia di hati, yang sepatutntya kau letak ALLAH! kau habiskan masa dengan dia yang sepatutnya kau habiskan di jalan ALLAH! kau cerita tentangnya pada rakan sedangkan kau sepatutnya berdakwah! ingatlah, selagi kau melakukan yang haram, selagi itu kau takkan punya ikhlas untuk beribadat dan selagi itu kau susah peroleh kejayaan"
"tapi orang2 yang berhijab itu, mereka juga punya kekasih semcam aku, adakah dia juga ikhlas?"
"Astaghfirullahalazim, tidak elok kau pertikaikan hijab seseorang. sekurang2nya dia sudah terlepas dari dosa menutup aurat. ikhlas itu antara kita dengan ALLAH. dan hanya diketahui ALLAH"
"tapi aku sayangkan dia. aku cinta dia"


aku degil. aku tetap teruskan cinta aku. dan akhirnya, aku ditinggalkan. tika itu semua hulur simpati pada aku. sabarlah, lelaki masih banyak. tapi dia, kata ini.


"bersyukur kau dijauhkan dari zina oleh ALLAH. bukti cintanya ALLAH pada kau. ALLAH tarik zina dalam hati untuk kau kembali suci, untuk kau mudah gapai kejayaan hakiki"






masa ini aku masih lagi tak menutup aurat. aku punya keiginan itu, tapi entah mengapa begitu susah untuk aku lakukan. dan dia tak habis2 bagi sokongan dan pesanan. menakut2kan aku dengan azab neraka. dia ajar aku untuk selalu dekati ALLAH. solat yang cukup, mengaji, solat sunat, menjaga tingkah, menjaga percakapan dan sebagainya. aku berusaha keras untuk ikut apa yang diberitahu.


bagi yang bertudung, aku nasihatkan, ikhlaskan hati. pakai yang sewajarnya. yang memenuhi syariat. kerana kalian yang mempermainkan kewajipan menutup aurat, wanita luar sana memandang rendah dengan perintah ALLAH ini. pakai lah sebaik2nya. tutup dada mu. bukan lilit, bukan nipis, bukan pendek. lagi satu, jaga pakaianmu. hargailah hijab yang kau sarung di kepala. jadikan ia pelindung maruahmu. untuk apa kau berhijab, tapi kau tetap bergaul bebas dengan lelaki bukan mahrammu? berkata cinta berkata sayang pada lelaki yang tiada kaitan? berkelakuan genit di depan orang ramai? MANA PERGI MALU ANDA SEMUA? bukankah hijab itu pelindung malu mu? jangan cemarkan hijab. aku merayu.




bagi yang masih memaparkan aurat, sedarlah sebelum terlambat. aku tahu kamu persoalkan mereka yang berhijab tetapi tetap berkelakuan jorok, tapi mengapa perlu dicontohi mereka? dulu aku sendiri kata begini "yang bertudung belum tentu baik", aku khilaf. sesungguhnya, telah ada dua dosa jika kata begitu. pertama, dosa kerana tidak menutup aurat. kedua, dosa memfitnah orang. dan soal keikhlasan seseorang, usah dipertikai. itu antara seseorang dengan Tuhannya.






dan apa perubahan aku ini ajar aku sesuatu. lelaki akan lebih menghormati dan mengagumi wanita yang menutup auratnya dengan sempurna. zaman sekarang, kehormatan adalah perkara yang sukar untuk didapatkan. tapi muslimah, kita mudah. dengan hanya menutup aurat dengan sempurna. dulu sebelum aku menutup aurat, banyak mata2 nakal menerobos tubuhku. hinanya rasa. seperti pelacur. aku bebas disenggol. kerana bagi mereka, wanita free hair ini mesti sudah biasa. tapi kemarin aku keluar dengan berhijab. SUBHANALLAH, aku rasa selamat ya amat!


"cinta itu boleh ditarik2 bila2 masa. cinta manusia tak kan kekal. cinta sebelum nikah adalah haram, dan mudarat"



Saya juga seperti anda, cuma menunggu masa untuk berubah, Bukan niat untuk tujukan pada sesiapa. Syaa nak tujukan khas untuk sahabat sahabat saya, Ekaa terima kasiih, saya sayang awak

2 comments: